Tuesday, June 15, 2010

pabila jadi kgilaan!!

kalu dlu....naruto jadi satu kgilaan..

nmun kni, piala dunia pula jadi kgilaan.. spe ade yg demam.. amik cuti bg yg bekerja..
mlm ni brazil beraksi mnentg korea utara..
smpai sggup yg bgn 230 pg..430 pg..smata2 nk tgk worldcup..
erm.. spe yg mng ek.. tp jika dilihat brazil lbih cerah pluangnyer..eh2..jauh myimpg tujuan asal..

hmm..cube imbas kmbali, rajin ke buat qiam dlu2??
mne lgi seng bgn tgk bola ker bgn nk bwt qiamullail??
psti tgk bola kn.. ape dpat buat qiam..
gnjaran nyer xnmpak dpan mata.. bola bleh tgk ye bergolek sana sini..
digelecek..di'dribble'..ditendang skuat hati.. di'passing' dgn smartnyer..

qiamullaillah shabat2..alang2 da bgn tgk worldcup tue..^_^




-starzz-

Wednesday, June 9, 2010

=)

assalamualaikum wbr....hehe...aku rasa ni la first time aku post mende...and the last time,though...ermmm...nak cakap ape ekk??hurmm...aku rasa dah hampir setahun aku belajar kat KTT nih...and dah setahun aku tinggal kat 11-3-A1...konfem la kat tangga 11 kan...haha,kira sempat la aku hidup di kalangan K.A.M.I...dapat merasa pahit manis,susah senang,gelak hiba...
walaupun juz setahun jer,ye la da memang JPA atur camtu kan...serius,memang tak puas la,cam banyak mende nak aku wat ngan penghuni tangga 11...termasuklah pak cik parang...haha....entahla,aku tak tahu sama ada aku ada lebih banyak musuh dari kawan...tapi apa yang aku tahu,korang sume memang aku takkan lupa sampai bila-bila...korang sume da aku anggap keluarga aku sendiri...walaupun aku tau aku ni kekadang pelik and annoying...so kat sini aku nak mintak ampun dan maap andai ada dosa yang aku wat kat korang...aku ni tak sempurna...maap la ekk,takkan nak tunggu raya kot...okaaay la...tengkiu la kat Zahrul,Poji,Amin,Paan ngan Nuril sebab selalu bagi aku guna laptop korang untuk internet or modern warfare or movie...Zaim, Shush, Adib,Jimmy,Imran & Safwan,tengkiu sebab selalu jadi teammate futsal,walaupun aku ni tak reti men betul2...tengkiu pasal 'amanat' ko yang selalu wat aku termenung and insaf, Fakhrul & Peja...for Pian,tengkiu sebab ko selalu wat aku rasa geli..haha,men-men je...tengkiu Zakwan pasal Kreko ko...tengkiu Wafi & Poi sebab selalu sabar ngan aku...haha,tengkiu Highskul sebab sudi jadi 'abang' aku...takleh lupa ayat 'okaaaaaaaay' ko tu...nak wat sekali lagi tak HG tu???senang cakap la,
TERIMA KASIH LA KAT KORANG SUME ATAS SEGALA JASA BAIK KORANG TIME AKU SUSAH DAN SENANG SEPANJANG AKU MENAPAK KAT TANGGA 11 NIH...!!!!
aku takkan lupa korang dunia akhirat,sahabatku...aku doakan kita sume berjaya dalam perjuangan di jalan Allah,insya-Allah...moga kita berjumpa jika tidak di dunia nih,insya-Allah kat syurga nanti...

adios,amigos,aku berambus...
sekian,wassalam...=)

-rizal_7-

Wednesday, June 2, 2010

Tuesday, May 25, 2010

KehiDuPaN


Tatkala harta dilihat indah,
Nafsu di jiwa mengundang telagah,
Harta dunia nikmat tak sudah,
Terasa ingin ia bertambah.

Tinggi rendah nilaian mata,
Hanya manikam mengenal jiwa,
Indah bukan pada rupa,
Hati dan iman ukurannya.

Ciptaan-Nya indah belaka,
Hanya Dia mampu menilai,
Tatkala manusia memandang rupa,
Amal di jiwa tunggak utama.

Manusia menilai pelbagai gaya,
Bagi jiwa yang mencintai dunia,
Andai jiwa masih di akhirat sana,
Moga nilaian tidak disalah guna.

Segala ciptaan Yang Maha Esa,
Terukir dengan kejadian sempurna,
Penghayatan pasti lebih bermakna,
Andai membuahkan iman di jiwa.

Tanggapan manusia berbagai rupa,
Penilaian membentuk peribadi manusia,
Hasad dan cemburu mekar di jiwa,
Merosakkan akal dan iman di dada.

Tinggi rendah nilaian ukuran dunia,
Miliki harta bukannya pincang jiwa,
Hiasi ia dengan perkongsian bersama,
Nikmat pasti lebih bermakna.

Niat yang baik hasilnya pahala,
Niat yang buruk ada padahnya,
Andai perilaku sempurna di mata,
Pasti tiada bekalan dosa.

Saturday, May 22, 2010

hish..btul ker??


hahaha.. saper xgelak tgk gmbr ni??
sape sgka mr.bean bley pgg watak dalam avatar..
xsiapa pun prnah menjangka kaum na`avi bley trime mr.bean..

hahahahaha..

hmm...
post ni sje jer di buat ntuk me'release'kan tension sesama dak2 tgga 11 khususnya, yg ngah exam..

waa.. rajin korg studi.. xkurg jge yg studo..(aku lar tu..)
erm.. ape2 pun..
nikmati lah gmbar nie..

bygkan muke anda jd cmni..
hahaha...
aku xsggup bygkan gmbr bawang jadi cmni..msti gelak dgn lajunyer...

akhir kata mintak maaf pd sume yg trasa..
just want to make you guys happy...:>

di kesempatan nie juge, aku slaku pemegg mndat raje2 scara khayalan, dpt titah mohor besar raje2, ingin memohon maaf kpd kengkawan andai ade tersalah bicara, terkasar bahasa, tersuruh mne2, terorder spe2, ter..ter.. sume tu harap diampunkan... smoga Allah mmbalas jasa baik tuan puan.. skian.. salam maut dri ku...

-starzz2-

Friday, May 14, 2010

,,,,SeBuaH perjaLAnaN,,..








setiap pelajar khususnya yang mengambil A-level,,..
xkiralah As level atau A2 level,,.
semua sedang meniti sebuah perjalanan yang sama,,...
perjalanan ke arah memperoleh 3A atau 4A,,..
perjalanan ini diiringi dengan usaha yang gigih,bersungguh-sungguh,,.
tanpa kenal erti putus asa,,..
tapi ingat,,.
usaha yang kuat tanpa doa kepada yang MAHA ESA<...
tidak membawa makna apa2,,..
setelah kita semua mencuba yang terbaik,,..
bertawakkallah di akhirnya,,..
moga2 memperoleh apa yang diimipikan selama ini,,..

p/s:9 paper lagi,,,..
-asep-

Friday, May 7, 2010

exam,,..exam

pejam celik pejam celik..,.
tinggal beberapa puluh jam lagi sebelum peperiksaan bakal menjelma
YA ALLAH,,.
cepatnya masa berlalu,,..
terasa diri ini serba kekurangan,,.
penuh kelemahan,,..
disaat akhir ini,,..
penuh dengan tensi dah emosi,,..
penat buat itu dan ini,,.
belajar biologi dan chemistry,,..
rasa xmahu berganjak dari tempat study,,..
walauapapun yang berlaku,,.
hidup harus diteruskan,,,
doa,ikhtiar dan tawakal..
menjadi peneman diri yang hina ini,,..
kepada SEMUA,,.
doakan kejayaan kami
moga kami semua memperoleh kejayann yang kami impikan.,,..
AMIN,,...

asep

Wednesday, May 5, 2010

dunia..dunia..

sape kate dunia segala-galanye??sape sokong dunia ni tmpat kekal selamanye??sape pikir aku xtermasuk dalam orang cintakan dunia??

mgkin anda xtermasuk dalam orang2 di atas..namun perbuatan dan tingkah laku kita adakah menepati cara kita tak cintakan dunia tapi cintakan akhirat..ertinya adakah kita ni cintakan akhirat lebih daripada dunia sedangkan kita asyik dengan dunia semata-mata..

sahabat2, mari kita berfikir lagi sekali.. adakah kita ni cintakan dunia @ cintakan akhirat?? kalu dikatakan cintakan akhirat apakah perilaku kita seharian bebas daripada maksiat, daripada perbuatan mngumpat, mencaci, menghina ataupun menzalimi diri sndiri ataupun orang laen..

sahabat, mari kita berfikir sejenak....
dua jenak.....
tiga jenak........
cukup ke amalan kita nak impikan syurga Illahi??
apakah jasa kita pada Islam, Agama Allah ni??
bolehkah kita dengan buka aurat tiap2 ari, nak termasuk dalam golongan orang y beriman yg inginkan jannatul naim??
p/s: aurat lelaki DARI PUSAT KE LUTUT..BUKAN..PUSAT DAN LUTUT SAHAJA..
aurat perempuan SEMUA ANGGOTA KECUALI MUKA DAN TAPAK TANGAN..

hmm..dapat ke saudara/ri menjawab persoalan tu??apakah jawapan tu positif ataupun lebih banyak negatifnye??

pikir lah sahabat2..
moge kita senantiasa di bawah rahmatNya..

-starzz

Sunday, April 18, 2010

aNak KecIl dan Rm10,,,..

"Ameen! Mari sini, nak!" panggil Ruslan.

Ameen yang sedang khusyuk bermain guli segera mendapatkan ayahnya.

"Kenapa, ayah?" tanyanya.

"Nah, ambil duit ni!" Ruslan memberikan sekeping not RM10 kepada anaknya yang baru berusia 9 tahun itu.

"Koyak duit itu sehingga lumat."

Tanpa membantah, Ameen mengoyak wang kertas itu. Kemudian, Ruslan memberikan pula sebuah bekas yang mengandungi banyak ais potong kepada Ameen.

Kesemua ais potong ni kamu jual di sekeliling kampung. Dapat hasilnya kamu bawa ke mari," Ruslan memberi arahan yang seterusnya.

Lantas, Ameen keluar dari rumah sambil membawa bekas ais potong itu dan dijaja di sekitar kampung. Peluhnya mencurah-curah mengalir kerana menjual dari pagi sehingga petang. Panas terik langsung tidak dipedulinya kerana matlamatnya untuk mendapatkan hasil jualan itu. Habis sahaja kesemua ais potong itu, Ameen segera menemui ayahnya.

Ruslan mengira jumlah pendapatan hasil jualan itu dan mendapati kesemuanya bernilai RM10. Dia menyerahkan duit itu kembali kepada Ameen kemudian berkata,

"Sekarang kamu koyak duit-duit kertas ini."

"Apa?!"
Ameen ternyata sangat terkejut.

Setelah banyak dia berkorban untuk mendapatkan hasil jualannya, senang-senang saja ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit jualan itu.

"Tak mahu! Ini hasil titik peluh saya! Mustahil saya akan mengoyaknya!"

***

Mengapa pelik anak kecil bernama Ameen itu? Ayahnya menyuruh dia mengoyak duit-duit yang sama nilainya. Tetapi, Ameen tidak rela mengoyak duit kedua berbanding duit pertama yang diperolehinya. Itulah tamsilannya dalam dunia umat Islam sekarang.

Agama Islam memerlukan pengorbanan. Dengan adanya pengorbanan, seseorang akan berasa memiliki beragama. Kita lihat kisah sebentar tadi. Disebabkan RM10 yang diberikan Ruslan diperolehi Ameen tanpa usaha (pengorbanan), maka Ameen langsung tidak marah ketika mengoyaknya. Tetapi ketika RM10 yang diperoleh dari pengorbanan, susah payah, dan keringat Ameen menjual ais potong, maka dia berasa sangat marah apabila disuruh mengoyaknya.

Hari ini agama Islam yang kita anuti pada umumnya ialah Islam warisan orang tua kita. Kita menganutinya secara langsung sejurus selepas lahir tanpa melakukan pengorbanan. Sehingga ketika agama kita diganggu oleh kekuatan kafir yang mungkar dan zalim, umat Islam hari ini tenang-tenang sahaja. Ketika Islam berganti wajah dan baju mengikuti Yahudi dan Nasrani pun, umat Islam hanya berdiam saja.

Bahkan saat haraga diri umat Islam diinjak-injak oleh kekuatan batil melalui geraka permurtadan oleh zionis Yahudi dan missionaris Kristian, umat Islam hanya berpeluk tubuh. Seandainya proses mendapatkan Dinul Islam ini diperoleh dengan pengorbanan diri dan harta melalui perjuangan dan jerih kepayahan, maka kewibawaan agama Islam akan terjaga. Jika ada puak-puak yang cuba mengusik agama apatah lagi bermaksud untuk menghancurnya, dengan spontan umat Islam akan bergerak membelanya.

Mari kita renung firman ALLAH SWT dalam Surah as-Shaf 61:10-11 yang berbunyi:

"Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya. Iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

Seterusnya, Rasulullah SAW ada bersabda:

قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ

Ditanya orang akan Rasulullah SAW,

" Siapakah manusia yang lebih utama?" Maka jawab Rasulullah SAW "Orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri." Mereka berkata : "Siapa kemudian?" Bersabda Rasulullah SAW "Orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan."
(Hadis Riwayat Bukhari)


asep

Saturday, April 17, 2010

HADIS SHAHIH BUKHARI...

BAB BAGAIMANA DICABUTNYA ILMU AGAMA
97.Dari Abdullah bin 'Amr bin Al-Ash, katanya:"Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda:"Sesungguhnya Allah itu tidaklah mencabut ilmu itu dengan cara pencabutan yang dengan sekaligus dicabut dari sekelian hambaNya, tetapi Allah mencabutnya itu dengan mencabut para alim ulama yakni den
gan kematian mereka dan tidak ada generasi yang melansungkan kehidupan ilmu pengetahuan agama itu, sehingga manakala Allah tidak lagi meninggalkan seorang alim pun dikalangan sesuatu umat manusia, maka para manusia itu sama mengangkat kepala kepala seperti pemimpin, kepala negara, kepala daerah dan sebagainya dari golongan orang orang bodoh.Jikalau kepala kepala itu ditanya, lalu mereka memberikan juga fatwa, tetapi tidak berdasarkan ilmu agama yang diridhai oleh Allah dan oleh sebab itu, mereka sendiri itu sesat dari jalan yang benar dan pula menyesatkan".


BAB KEUTAMAAN SOLAT JAMA'AH
604. Dari Nafi' dari Abdullah bin Umar bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:"Solat jama'ah itu melebihi keutamaannya di atas solat fadz yakni yang dikerjakan sendirian dengan dua puluh derajat".


BAB PERINTAH MENGIKUTI JENAZAH
1166.Dari Ibnu Syihab,katanya:"Sa'id bin Musayyab memberitahukan kepadaku bahawasanya Abu Hurairah berkata:"Aku mendengar Rasullulah S.A.W bersabda:"Hak muslim terhadap orang muslim yang lain itu ada lima perkara, iaitu menjawab salam,meninjau orang sakit,mengikuti jenazah, mengkabulkan un
dangan dan mentasymitkan orang yang bersin'.


608.Dari Abu Musa, katanya:"Nabi S.A.W. bersabda: "Seagung agungnya para manusia dalam hal pahalanya didalam solat ialah yang terjauh di antara mereka itu mengenai tempat tinggalnya yakni dari masjid tempat berjemaah, kemudian yang lebih jauh jalannya, selanjutnya ialah orang yang menantikan solat sehingga mengerjakan solat tersebut bersama sama dengan imam.Itu lah yang lebih agung pahalanya daripada orang yang bersolat lalu tidur."


Ditanyakan,"Siapa umat yg terburuk itu, ya Rasulullah?"Rasullullah menjawab,"Orang orang kaya." Rasulllulah SAW bersabda:'Akan datang sesudahmu kaum2 yg makan makanan yg terlazat, menunggang kuda yg terelok,mengahwini wanita yg tercantik, memakai pakaian yg terbaik,namun perut mereka tidak pernah kenyang,nafsu mereka tidak puas juga.Mereka buru dunia pagi dan petang. Mereka jadikan dunia sebagai Tuhan. Lalu mereka patuhi perintahnya dan mereka perturutkan keinginannya."


KEUTAMAAN TAUBAT
Dari Imam Muslim,"Seorang wanita lacur datang kepada Rasullullah SAW.Dia sedang hamil dari zina.Ia berkata,"Ya Rasullullah,engkau telah tegakkan hukum,maka hukumlah aku!"Nabi SAW lalu memanggil walinya seraya berkata,"jagalah dia dan apabila telah bersalin, bawa dia ke mari!"Wali itu melakukannya dan Na
bi SAW memerintahkan agar wanita itu dilepaskan pakaiannya dan direjam sampai mati dan kemudian baginda ikut sama mensolatinya pula.Umar ra berkata,"Apakah engkau mensolatinya, sedang ia perempuan zina?"Nabi SAW bersabda,"Sungguh ia telah bertaubat.Kalau taubatnya itu dibagikan tujuh puluh orang ahli Madinah, tentu ia akan menemui mereka.Apakah engkau menemukan sesuatu yang lebih utama daripada apa yang dia temukan?"



Thursday, April 15, 2010

DosA yAng LebIh BesAr DaRi beRzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam duka cita yang mencekam. Kerudungnya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya. Tanpa rias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang tengah meruyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu pelan-pelan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus merunduk. Air matanya berderai tatkala dia berkata,

"Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya, Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya."
"Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s terkejut.
"Saya takut mengatakannya." jawab wanita cantik.
"Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.


Maka perempuan itupun terpatah bercerita,
"Saya ......telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan,
"Dari perzinaan itu saya pun......lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya....... Cekik lehernya sampai......tewas", ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya.

Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang dia mengherdik perempuan tersebut.

"Nyah kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku karena perbuatanmu. Pergi!"
...teriak Nab
i Musa sambil memalingkan mata karena jijik.


Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terhantuk-hantuk ke luar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tidak tahu mahu dibawa ke mana lagi kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya?

Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,

"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertobat dari dosanya?

Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat.

"Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina Dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril.

"Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?"

" Ada !" jawab Jibril dengan tegas.

"Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran.

"Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut.


Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Berarti mereka seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman didadanya dan yakin bahwa Allah itu berada di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi Dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, Kemudian dia mengqadanya, maka dia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah delapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 Hari, sedangkan satu Hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.Dasyatnya azab neraka.

Demikianlah kisah Nabi Musa Dan wanita pezina Dan dua hadist Nabi, mudah-mudahan menjadi pelajaran bagi Kita Dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqamah.Insyallah.

Wednesday, April 14, 2010

pErjuAngAn MasIh BelUm SelesAi.,


alhamdulillah,,percubaan telah selesai,,...namun ini bukan PENGAKHIRAN!!.matlamat utama ialah AS yang bakal menjelma tidak lama lagi,,..misi ialah mendapat 20 mata untuk peperiksaan yang akan mendatang,,amin,,.:)


moga2 kita semua memperoleh kejayaan yang diharapkan.mungkin kali ini kita
rasakan prestasi kita sangat teruk,,tetapi jangan gusar,,jadikan ini sebagai pemangkin unutk berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh,.sesungguhnya kejayaan itu datang daripada usaha yang luar biasa,,ingat,.kejayaan bukan datang dengan belajar berjam2 tanpa henti,,..kejayaan itu semuanya datang daripada ALLAH,,..apabila kita berusaha,berdoa,berikhtiar dan bertawakkal kepadanya,kejayaan itu pasti dalam genggaman,kuatkan tekad,,jangan kenal erti putus asa,,..teruskan berusaha,,,berserah kepadaNYA diakhir nanti


asep

Tuesday, April 13, 2010

1 L a G I,..




arinie last day,,...paper physic 2,,..diharapkan tidak seperti chemistry paper 2,,...insyaALLAH dipermudahkan segala urusan,,.moga memperoleh kejayaan yang cemerlang,,..gambar menunujukkan semua sedang berusaha yang terbaik untuk paper yang terakhir,,.."bekerjalah bersungguh-sungguh seolah-olah kamu akan hidup untuk seribu tahun lagi,dan beramallah seolah-olah kamu akan mati pada esok hari"

SafwAn 19---




tempat:ice room nilai
tarikh:11 april,.sehari lebih awal,,..
peserta:SAFWAN,adib,zahrul,fakhrul,,...mirul,.(sori xdapat ajak yang lain,kete x muat)



hasilnukilan,,.
asep

Monday, April 12, 2010

apabila tershashul menjadi barang hiburan part 1


baru-baru ini,kami telah pun menjalankan suatu projek mega yang berpotensi menjadi sesuatu yang lebih mega,mungkin telah mencapai tahap giga.wow!projek ini berasaskan teknik percakapan yang betul dan berhati-hati.tujuan utama projek ini dijalankan ialah untuk menambah hiburan serta melatih menggunakan teknik percakapan yang tepat berlandaskan hukum-hukum bahasa melayu.

projek ini dijalankan melalui senaskhah buku latihan yang diwakafkan oleh insan yang baik hatinya.ia diberi tajuk "Kamus Tersashul Mashul MARA 07/09".buku ini diilhamkan hasil daripada pengalaman beberapa orang bekas pelajar MRSM TGB.



setiap kesasulan telah pun diabadikan di dalam buku comel ini.setiap bulan (atau suka hati akulah) penyasul termahsyul yang paling bermahsyul dan tersyasyul akan dipaparkan namanya di blog yang cantik indah nian ini.

projek mendapat sambutan yang hangat.setakat ini,sudah 58 kesasulan yang telah direkodkan.buku ini telah dirasmikan oleh saudagar Zahrul dengan sasulan berbunyi "belok exam mechanics ke?".tahniah Zahrul!ia telah dirasmikan dengan bangganya pada 1 April (tiada kena mengena dengan april fool)

atas perbincangan dan kiraan audit oleh orang-orang (bukan scarecrow) yang boleh dipercayai pemenang penyasul terbanyak ialah saudagar Safwan Khairuddin!happy birthday!!
atas undian orang ramai sasulan terbaik pula ialah:

1) aku ingat panah!(aku ingat petir!) oleh ali said
2) bandar baru talak singgi (bandar baru salak tinggi) oleh safwan
3) ini ketupusan 4d (ini keputusan 4d) oleh zahrul
4) eh,kau bawak handson? (eh,kau bawak handphone?) oleh adib
5) eh,boleh masuk karsas ni (eh,boleh masuk sarkas ni) oleh zaim

tahniah kepada yang berjaya!!kepada pelajar lain termasuk pelajar perempuan,hati-hati!!anda didengari!!

beberapa peraturan baru telah dikuatkuasakan atas perbincangan kami:
1) kesalahan ejaan dalam sms atau mana mana bentuk penulisan tidak diambil kira
2) kesalahan panggilan nama tidak diadili.contohnya jika anda ingin memanggil zahrul tetapi terpanggil dengan nama amirul,ia tidak diambil kira.

laporan disediakan oleh'
singa garang

Nyawa HuJung ParanG


Alkisah bermula dengan hadirnya pakcik and all pakcik2 dari carefree membuat pemaintenancean pewangi semburan di KTT,,..meletakkan kenderaan di lot parking yang di 'RESERVED' khas untuk wma4472(mereka jahil dan xperasan).setelah sudah menyempurnakan tugasan yg dilakukan hmpir berjam2 lamanye,pakcik itu mahu pulang,,.TETAPI,,.malangnya hatinya hancur luluh melihat lorinya dihalang oleh sebuah 'FERRARI' merah,,.pakcik yang tidak bersalah itu rasa hairan dan terkejut,tercari2 pemilik kereta tersebut.Setelah puas mencari,resolusi dicapai dengan mengalihkan kenderaan disebelah lori tersebut menggunakan teknik 'Ohkay..' yg diilhamkan oleh Mr. I.. mereka berjaya mengeluarkan kenderaan yg dinaiki setelah ber'struggle'..Pemilik FERRARI itu hanya melihat kejadian tersebut,tetapi beliau sengaja mengendahkan keadaan itu tanpa mengambil tindakan.

kesimpulannya, mgikut seksyen tatasusila 1982, buku jilid lima, pengajian islam MPW, terbitan Nanah berdarah sdn. bhd. KITA hendaklah bertoleransi dalam kehidupan, jgn mementingkan diri sndiri shingga sggup melihat org len dalam kesusahan.. Oleh itu, berbuat baik lah dalam kehidupan agar kemaslahatan masyarakat terjamin..

created by asep,awe.n MR z

Sunday, April 11, 2010


JODOH
jodoh cinta itu umpama rama-rama..
semakin kita jauh kita kejar,
semakin jauh ia terbang..
namun, pabila kita mendiamkan diri,
lama-kelamaan ia pasti akn kepenatan,
lalu, ia pasti hinggap dibahu jua akhirnya..

CINTA
cinta itu umpama api,
dipegang, nescaya membakar,
tidak dikawal, nescaya membawa padah

namun, jika dikawal, pasti ia tiada merbahaya,
jika tahu menggunakanya, pasti membawa manfaat..

KAWAN
janganlah kita anggap kawan seperti bola,
bila tiada, dikejar, dicari,
bila dapat, dirembat, ditendang..

anggaplah kawan itu seperti mutiara oleh tiram,
disimpan dan dijaga dengan rapi..

anggaplah kawan itu sebagai telur oleh ibunya,
dieram sehingga menetas,
pabila menetas, diberi makan, dilindungi dari pemangsa..

(huhuyaaah)

Saturday, April 10, 2010

Kisah Benar: Pelajar UIA bermimpi bertemu Rasulullah

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang, lagi Maha Pengasihani.

Sesuatu yang berharga utk dikongsi bersama...

Luangkan masa kalian untuk membaca.. ambil peringatan dari Baginda Nabi
sempena keputeraannya tahun ini.. tunjukkan kecintaan pada Rasulullah
s.a.w...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...

Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga
dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w.
melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud
'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,
Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan
mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara
kesayangan Rasulullah s.a.w. Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23
tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik.

Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan
masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri
kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang
mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau
hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk
menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat
Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau
pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih
setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di
bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian
lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,
selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.
Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau
tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat
berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut
hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2
hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah
sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail
sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.
Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu
sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata
tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu
perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi
beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,
banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu
lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.
Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk
berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau
untuk berdiri. Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti
ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu
berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau
ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg
mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah,
kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku
terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w.
sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam
biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun
'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana
beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli
keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu
qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan
memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu
tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan
kelihatan banyak tiang di sekitarnya.

Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah
depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya
SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2,
siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa
sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan
yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu
mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.." Subhanallah..baginda
Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di
atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut
Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh
Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada
di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!

Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'
assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika
mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu
Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan
diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp
diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn
sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti
pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak ana.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda
kenal ummatnya!". Ya Rasulullah... Ketika itu, beliau dapat merasakan
baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2
seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi
s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati..." dan beliau
nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg
suci mengalir utk ummat Baginda! Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi.
Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap
pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia,
Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak
pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau
mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam...

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih
dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam
tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah..." Beliau kemudian menceritakan kpd
para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah
buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada
Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan
kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya
syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah
Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg
Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn
ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh
Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti
akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam
Rahmat-Nya yg melimpah ruah. Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma
kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini.

Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah
beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan
seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau
akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau
pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini
berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.."

Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi,
tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan
"Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni,
rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..." Kemudian dgn izin Allah, datang
empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya
mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan
salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu
Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg
mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut
perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg
cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya.

Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu
enti.." Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg
bermaksud:

"Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan
itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg
diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.
Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum
mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu
janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)
apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.
Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali
dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan
tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,
barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan
mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan
mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2
yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.
Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu
ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg
setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar. Saidina Abu Bakr mengatakan;
"Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.."
Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya.

Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus
duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn
mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan
alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar
bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.." Semua sahabat yang ada di
situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk
berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah
s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat
diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau
berikan.."

Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang
mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki
melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah
dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah
dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan
dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti
diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je
akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan
betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini
bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir
sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar..."

Keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua
aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar
manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti
sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil
hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai
sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.
Mencintainya suatu kemuliaan...

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama
para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat
gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah
saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa
terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya
Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,
"Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum
pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku... Aku
sangat rindu bertemu dengan mereka.."

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai
orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah
salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh...berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan
dirimu..Ya Rasulullah!
(kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang
telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..)

sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai
ummat nabi Muhammad S.A.W...
banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan
mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam..(*_*)

WELCOME!!

people said that the first post show where the blog's heading.but maybe here it is not the case.you will read stories of us,the KTT A-Levels students,MARA-india bound.some will tell about his cat dying last week.or maybe on girl boasting about her new boyfriend.maybe you still haven't noticed,but this maybe the place you can know almost EVERYTHING about us.however,there are some rules,we need to follow

1)the post must not any nudity,explicit image or whatsoever.
2)every entry must have a signature of the person who post it,maybe nick which only our friends knew.eg:mapen,s.k.asep,etc,etc
3)never post entries that may related to sensitive issues,such as,religion,politics...

for now,these are the rules.may change through time,and will be published on the blogs description.

till next time
AF