Monday, April 12, 2010

apabila tershashul menjadi barang hiburan part 1


baru-baru ini,kami telah pun menjalankan suatu projek mega yang berpotensi menjadi sesuatu yang lebih mega,mungkin telah mencapai tahap giga.wow!projek ini berasaskan teknik percakapan yang betul dan berhati-hati.tujuan utama projek ini dijalankan ialah untuk menambah hiburan serta melatih menggunakan teknik percakapan yang tepat berlandaskan hukum-hukum bahasa melayu.

projek ini dijalankan melalui senaskhah buku latihan yang diwakafkan oleh insan yang baik hatinya.ia diberi tajuk "Kamus Tersashul Mashul MARA 07/09".buku ini diilhamkan hasil daripada pengalaman beberapa orang bekas pelajar MRSM TGB.



setiap kesasulan telah pun diabadikan di dalam buku comel ini.setiap bulan (atau suka hati akulah) penyasul termahsyul yang paling bermahsyul dan tersyasyul akan dipaparkan namanya di blog yang cantik indah nian ini.

projek mendapat sambutan yang hangat.setakat ini,sudah 58 kesasulan yang telah direkodkan.buku ini telah dirasmikan oleh saudagar Zahrul dengan sasulan berbunyi "belok exam mechanics ke?".tahniah Zahrul!ia telah dirasmikan dengan bangganya pada 1 April (tiada kena mengena dengan april fool)

atas perbincangan dan kiraan audit oleh orang-orang (bukan scarecrow) yang boleh dipercayai pemenang penyasul terbanyak ialah saudagar Safwan Khairuddin!happy birthday!!
atas undian orang ramai sasulan terbaik pula ialah:

1) aku ingat panah!(aku ingat petir!) oleh ali said
2) bandar baru talak singgi (bandar baru salak tinggi) oleh safwan
3) ini ketupusan 4d (ini keputusan 4d) oleh zahrul
4) eh,kau bawak handson? (eh,kau bawak handphone?) oleh adib
5) eh,boleh masuk karsas ni (eh,boleh masuk sarkas ni) oleh zaim

tahniah kepada yang berjaya!!kepada pelajar lain termasuk pelajar perempuan,hati-hati!!anda didengari!!

beberapa peraturan baru telah dikuatkuasakan atas perbincangan kami:
1) kesalahan ejaan dalam sms atau mana mana bentuk penulisan tidak diambil kira
2) kesalahan panggilan nama tidak diadili.contohnya jika anda ingin memanggil zahrul tetapi terpanggil dengan nama amirul,ia tidak diambil kira.

laporan disediakan oleh'
singa garang

3 comments: